Tentang Kami

  • Category: Uncategorised
  • Published: Monday, 19 August 2019 06:47
  • Written by Super User
  • Hits: 14558

APA ITU AUEGCAS?


Amalgamated Union of Employees in Government Clerical and Allied Services (AUEGCAS) atau Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan. Keahliannya terdiri daripada Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Rendah, Operator Mesin Prosesan Data, Operator Komputer, Operator Telefon dan jawatan Gred-gred Bersekutu dari pelbagai Kementerian dan Jabatan-Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Ditubuhkan pada 24hb September 1963 dan bergabung dengan CUEPACS, MTUC dan Public Services International (PSI). 

BAGAIMANA MENJADI AHLI?
- Hubungi Ibu Pejabat AUEGCAS, Setiausaha Cawangan atau wakil AUEGCAS atau rakan sekerja yang telah menjadi ahli. 
- Isikan borang dan yuran pendaftaran RM 2.00 melalui wakil AUEGCAS anda.  
- Yuran bulanan sebanyak RM 3.00 akan dibuat melalui potongan gaji. 


MENGAPA ANDA PERLU MENJADI AHLI?
- Tanpa kesatuan Sekerja, anda adalah keseorangan dan tidak dapat menyuarakan sesuatu kerana ianya melibatkan ahli yang ramai
- Melindungi dan mempertahankan kebajikan anda.
- Menbimbing supaya menjadi pekerja yang baik dan berdisiplin.
- Membawa kesempurnaan kepada kehidupan dan taraf sosio-ekonomi. 
- Kesatuan Sekerja hanya boleh memperolehi kesemua kemudahan bagi ahli-ahlinya, sekiranya semua pekerja bersatu dan memperkuatkan Kesatuan Sekerja.
- Mereka yang tidak menjadi ahli adalah punca penghalang dalam sesuatu perjuangan dan tuntutan.